Monday blues… semua orang takda mood… Nak bukak internet aje
malas, apalagi nak buat keja…huhuhuhu… Demi nak elakkan mata dari rasa
mengantuk, kugagahkan diri utk update blog..
Pejam celik pejam celik, seorng lagi warga kerja mengakhiri
status bekerja di CCPE@AVA. Walaupun baru 4 bulan duduk bersama, tetapi hubungan
yang terjalin sesama warga kerja amat erat sekali… mungkin di sini ler titik
pencetusnya.. di mana hubungan sesama pekerja yang semakin renggang akhirnya
kembali bertaut dengn kehadiran Sandy..
Seunik namanya, sangat professional dalam bekerja, apalgi bila berkomunikasi sesama
sendiri.. Cuma rezekinya bukan di sini… Namun hadirnya sementara waktu membawa
banyak perubahan….
Khamis lepas 29 September 2011, kami sempat membuat majlis
perpisahan utk Sandy..
Bertempat di Pizza Hut IOI, Indahpura, seramai 16 orang (termasuk Sandy) bersama2 menjayakan majlis makan-makan utk Sandy.. Kali terakhir farewell
dibuat untuk Kak Lieza.. Seronok dapat berkumpul berramai-ramai, posing-posing,
makan-makan… terasa berada dalam riang ria alam remaja (padahal dah kwin, umur
pun dah jejak 30tahun..) Syukur pada Yang Maha Esa kerana memberi peluang dan
kesempatan pada kami utk berkumpul…Yang best sebb semua sepakat memakai pakaian purple demi memenuhi permintaan Sandy. Cuma seorng je tak join, Niza.. Itupun
maybe sebb dia tak sihat…
Pesan utk Sandy,
semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. Ingat2 ler member di sini
yang sntiasa bersama2 mendoakan kejayaan Sandy di luar sana.. Good Luck my frenz.... We all miss u...
|
@ Reception CCPE |
|
Kak Yang & Yana |
|
Nurie & Eiraa |
|
With Kak Anie |
|
Sesi cedok salad |
|
Rupaa, Kak Lin & Sandy |
|
With Eiraa |
|
Yana & Jue |
|
Malina & Nurie |
|
Kak Reha & Kak Yang |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.