Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Wednesday 15 January 2014

Semangat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...

Arini tiba-tiba tergerak hati utk menulis kembali. Ya Allah berikan aku kekuatan. Rupanya sedar tak sedar, dah dua tahun lebih blog tak terusik. Sesungguhnya kehidupan berumahtangga sememangnya banyak mengisi masa lapangku. Ada sahaja aktiviti yang perlu dilakukan. Kerja di opis sepanjang tahun 2012 & 2013 adalah tahun sibuk tanpa HOD dengan staff yang silih berganti. Tambahan lagi medium sosial kian bertambah untuk update sebarang status. Facebook ler, Instagram ler, WeChat ler, Line ler dan banyak lagi sampai aku sendiri naik pening kepala. Semalam cuti Maulidur Rasul 12 RabiulAwal 1435H (14/1/2014) dengan aktiviti lepak di rumah sepanjang hari. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Seawal pagi aku dikejutkan dengan 2 berita menyedihkan. Pertama suami memaklumkan bahawa anak buah yang baru lahir telah selamat kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu lebih dilahirkan tanpa sempatku menatap wajahnya. Walaupun aku dan suami sedia maklum keadaan bayi yang kritikal ketika dilahirkan, namun tidak menduga secepat ini. Semoga syurga untukmu sayang, in sha Allah. Semoga Ila dan suami tabah redha dengan ujian Allah ini..

Kedua berita menyedihkan dari utara Kedah. Ibu angkatku telah kembali menemui penciptanya setelah terlantar di hospital menanggung sakit. Ya Allah Kau kuatkanlah semangat ahli keluarga angkatku dalam menempuh ujianMu ini. Sekalung kemaafan kupinta kerana jarak yang cukup jauh utk memungkinkan diriku sampai ke sana.. Hanya Surah Al-fatihah kuiringkan bersama surah Yassin setiap malam.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti mati.. Masih teringat pesanan Ustaz zaman sekolahku. Ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara... Alfatihah..