Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Friday, 30 September 2011

Daging Masak Hitam SJ


Masa rumah terbuka raya aritu suami aku cipta satu resepi baru.. Resepi berasaskan daging… dia tak bagi nama resepi, jadi dia soh aku cipta sendiri.. So aku pun letak ler nama Daging Masak Kicap.. tapi rasanya bukan daging masak kicap biasa walupun dimasak menggunakan kicap sebagai bahan utama… Kawan aku Kak Lin kata itu Daging Masak Hitam… sebb dia kata pernah makan kat rumah saudara dia.. so tercetus la nama baru bagi resepi suami aku DAGING MASAK HITAM SJ… meaning SJ tu cuma aku & suami je tau sebb ada kisah menarik di sebalik nama SJ.. ting tong…

Bahan apa yang digunakan serta bagaimana cara nak masak aku pun tak tau… kenapa ler aku tak tunggu je kat dapur time dia masak tu..???? (adoi hai, aku kan sibuk mengemas rumah utk open house)… dia suruh aku teka bahan-bahan yang digunakan melalui rasa daging tersebut… bila dah nak siap masak je, dia panggil aku utk jadi tukang rasa dah tukang snap gambar… memang sedap.. Cuma rasanya agak spicy sedikit… Rata2 kawan-kawan yang datang makan, semuanya bagi komen positif.. kira menu paling sedap & mantap.. ramai yang minta resepi tapi aku sendiri pun tak tau mcmana nak bagi sebb aku memang tak tau…



Setakat teka meneka ni, aku kira terror jugak la… betul tak betul tak tau ler.... mana yang tak betul tu, kira jalan je la ye… Suami aku confirm tergelak-gelak klu tengok tekaan aku ni… entah betul entah tidak…

Bahan-bahan:

Daging – direbus sehingga empuk bersama kicap + halia
Bawang putih + merah + halia + cili kering (diblend)
Rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dll)
Rempah sup Adabi
Serbuk Perasa Maggie
Asam mangga kering (guna asam keping pun boleh, dah ini je yg ada)
Lobak (dihiris2 panjang)
Cili Padi (buang tangkai)

Cara menyediakan:
Tumis bahan-bahan yang telah diblend.
Masukkan rempah ratus, rempah sup.
Tuangkan daging yang telah direbus bersama  dengan air rebusan.
Masukkan asam mangga, lobak + cili padi.
Masukkan serbuk perasa.
Siap untuk dihidang…

Aku cuma teka berdasarkan bahan-bahan yang ada kat dapur aku serta rupa paras resepi tersebut.... Aku sendiri belum menbuat percubaan.. Pesan suami aku, klu nak tau betul tak betul, cuba sndiri.... Nanti dah test, aku update lagi.. Harap-harap menjadi ler… SELAMAT MENCUBA...

Spegetti Goreng Bersos Special

22 Sept 2011 (Khamis) sedang aku kelam kabut nak bersiap pergi kerja, suami aku menawarkan diri untuk menyediakan sarapan pagi.... Class gitu... bahan-bahan semua aku dah preparekan... suami aku cuma tolong masak... klu bab-bab goreng mee, bihun dia terror ler..tapi bab spegetti, dia tak pernah buat.. kira ini 1st trial utk dia... sedap tak sedap belakang cerita... Amat mudah & senang utk sediakan Spegetti goreng ni... Rahsianya cuma menggunakan sos ayam istimewa yang direkacipta oleh suami aku.. tak perlu masukkan bawang or sebarang perisa kerana sos istimewa ni dah lengkap dengan segala bahan dan perasa..
Tumis isi ayam + bebola ikan
Tuangkan sos ayam istimewa
Gaul hingga sebati dengan api yg kuat
Masukkan spegetti yg telah direbus
Masukkan sayur2an
Gaul sebati..sdia utk dimakan

Aku tapau sebekas gi tempat keja... alhamdullilah... memang sedap... itu komen dari Kak CT Nur & Kak Anie.. Suami aku siap bawak balik gi Mersing lagi utk mak mertua aku... TERIMA KASIH ABANG .. (^_^)

Rumah Terbuka Raya 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan aku & suami utk rumah terbuka kami pada 25 Sept 2011 (Ahad) 2.00pm~7.00pm...Hampir 100 orang tetamu yang datang termasuk kanak-kanak...Penat badan, sakit sendi-sendi, mengantuk semuanya bercampur menjadi satu. Namun itu semua berbaloi kerana apa yang lebih penting, aku gembira kerana dapat menjamu teman-teman di samping mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. Suami aku selalu berpesan, setiap tetamu yang datang ke rumah membawa rahmat kepada tuan rumah dan membawa keluar seribu penyakit.. Sokongan & dorongan yang padu dari suami benar2 menyentuh hati dan perasaan aku..Mengalir air mata aku dengan pengorbanan yang cukup besar dari suami..

Memang mencabar sebab cuma kami berdua yang menyediakan segala preparation. Adik aku plak tugas dia deko2 rumah...Segala lauk pauk adalah hasil tangan suami aku sementara selebihnya aku yang masak.. Antara menu yang kami sediakan adalah:
1) Nasi himpit
2) Ayam panggang bersos
3) Ayam masak kari
4) Daging Masak Hitam
5) Bubur pulut Hitam
6) Kek Span
7) Keropok ikan
8) Maruku ikan
9) Aneka Kuih Raya
10) Fresh orange + anggur


shot ni suami aku yg amik

Kepak ayam panggang bersos

Ayam masak Kari

Daging Masak Hitam Istimewa

Nasi Himpit

Bubur Pulut Hitam

Kek Span Pandan

Rombongan Nurie
Rombongan Geng TAMSIS
Tunang Jue, Shah & Gili

Mas & Mirul
Keluarga Anem
Niza & Intan
Kak Lin anak beranak
Rombongan Kak CT Nur
Ex-housemate aku ~ EMA

Abg Lan & suami aku with Mimie montel
Keluarga Aidi
Kak Reha anak beranak
Kak Dedek -Jiran aku

Jiran sebelah rumah aku
Ida & Baby Nur
Baby Nur
Along & Che Ainon
Along dan anaknya
Rombongan Saa
Molly & The geng

Kak Esah@Cha
Rombongan Mie & Suami
Rombongan Kak Anie

Rombongan Kak Jamiah
Kat belakang - Mak kak Jamiah

Tetamu terakhir aku balik pukul 9.30malam... Rombongan Zam.... Aku sampai terlupa nak capture gambar dia sebb terlalu penat.. Apa-apapun terima kasih tak terhingga utk semua kawan-kawan aku kerana sanggup luangkan masa datang bertandang kat rumah.. SELAMAT HARI RAYA utk smua.. MAAF ZAHIR & BATIN.. Tahun depan kita beraya lagi... (^_^)

Raya Bersama GENG AVAPLAS

18 September 2011, Ahad.. Kak Siti Nur Civilaan buat makan2 kat rumah dia sempena raya kat Indahpura, Kulai.. Kebetulan dah ramai2 menyerbu rumah kak CT, kak Azlina Sanin pun ajak ler sekali beraya rumah dia area Bandarputra, Kulai kat Jalan Nuri ...Kat rumah Kak CT, kak CT hidangkan laksam..dah perut memang tengah lapar, nikmat betul dapat makan laksam walupun aku bukannya peminat setia laksa or laksam.. First time bersua dengn Mimie baby comel kak CT...lebih kurang macam Natasya..Montel sungguh..
Mimie montel


Lepas abis kat rumah Kak CT, terus gi rumah Kak Lin... Rumah kak Lin dah macam rumah aku plak..Sibuk ler aku bantu kak Lin serve tetamu-tetamu dia yang datang bertandang... Kata tak buat open house, tapi yang datang berduyun-duyun jugak... kebanyakkan warga sekerja..makan ramai2 memg best..Abis licin lauk pauk Kak Lin..kata tak buat open house..tapi tetamu dekat 50 orng jugak yang datang.. hahaahaha..

Ramai betul peminat2 cilik yang nak posing