Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Tuesday, 20 September 2011

Konvoi Raya Bersama Geng TAMSIS

16 Sept 2011 cuti umum sempena HaRi MaLaysia... Selamat Hari Malaysia MALAYSIAku... Dah kebetulan cuti masing2 amik kesempatan utk ziarah menziarahi utk hari raya ini... Dalam sehari 4 rumah diserbu dan satu rumah member2 geng aku kami lawati... Antara geng2 sporting yang join konvoi Azy & Family, Mas & Family, Sandra & Family, Hanim & Family, Tipot dan aku masing2 single (coz suami masing2 keja ~ almaklum suami kerja sndiri ni tak tentu masa)..Lokasi perjumpaan kat rumah aku.. Aku plak tumpang kereta Tipot utk konvoi nie..

Lokasi pertama kat Bandarputra, Kulai.. Rumah Mas jadi sasarn...pkul 9.30 pagi dah sampai...itupun lewat sampai sebb kami sempat tawaf sekali kat Jalan Jati semata2 nak cari lorong rumah si Mas...nasib baik dia dah hidangkan siap2 makanan & minuman...berikut antara gimik2 yang berjaya dirakam... al-maklum si Mas plak sibuk menyiapkan anaknya si Amirul...masing2 layan diri ler jawabnya...pagi2 masing2 dah lapaq, kebetulan Mas hidangkan nugget & 'epok-epok'.. aku sempat makan 2,3 ketul nugget je sebb sibuk nak rakam posing2 diorang ni semua...

"Amik sikit je San..yg balance aku punya"

Mas tengah siapkan Amirul

Nafiz muka berkerut terpijak something

Sayalah hero Malaya...

Senyum mekar dari Mirul

Abis satu jag air oren si Mas kena bedal

So sweet senyuman anak teruna Mas nie..


Posing yang sempat diabadikan kat rumah Mas..
 Selesai kat rumah Mas, misi diteruskan ke rumah Anem plak... tak susah nak cari rumah Anem coz si San & suami selalu ke rumah Auntie dia kat Jalan Rajawali...Anem kat dapur sibuk siapkan juadah utk kitaorng... rupanya dia sibuk masak Mee bandung...susah2 je Anem..sementara tunggu Anem siapkan juadah, kitorang lepak kat ruang tamu dia...

Sorry gambar silau..

Nafiz & Ayahnya

Sporting betul Mirul bila disuruh posing

Tipot & Azy tak pandang kiri kanan..

Mas malu2 kucing nak cedok makanan

Kan betul tak pandang kiri kanan

Orang lelaki menjamu kat ruang tamu

Budak2 pun join kat ruang tamu

Mak2 budak duduk lepak kat dapur

Sempat jugak aku menyelit posing

San jeling kat Tipot yang menambah 2 kali

Posing para mak2

Posing istimewa dari Rumah Anem..

Destinasi ketiga diteruskan ke rumah Tipot plak.. Konon2nya aku nak tunjuk jalan shortcut, last2 tawaf lagi kat area Jalan Cenderawasih....hahahaha..Sorry guy..bak kata Azy, orang Senai nak bagi penunjuk arah jalan kat Kulai, confirmlah sesat..tau takpa....

Amik masa lebih kurang setengah jam dari Bandarputra nak ke Setia Tropika lalu Jalan Seelong (lalu kat kawasan taman aku duduk). Biasa ler bila lalu Jalan Seelong, banyak lori...Tipot bukan main lagi pecut kereta dia, abis yang lain2 tertinggal kat belakang..San siap sms aku soh slowkan kereta sebb takut tertinggal kat belakang..maklum je la, banyak simpang, kang terlepas simpang, payah plak nak u-turn balik... Sampai kat rumah Tipot pun dah dekat pkul 12 tenghari.. Tipot hidangkan kuih raya dengan air oren..

Nafiz layan keta mainan Tipot

Azy tengok TV tak berkedip mata

Posing kandid tuan rumah

Masing2 layan tgok TV


Anem layan Syahmi posing

Posing santai

Adam -anak sulung Sandra
10 minit menghampiri pukul 12.00 tengahari, Azy & suami bergerak ke nursery Nafiz coz ada jamuan raya kat sana.. Sementara tunggu program Azy selesai, kitaorng lepak2 rumah Tipot..Sebb lepas ni destinasi beraya ke rumah Azy plak..Tipot sempat lagi buat air koktel buah..sempat tak sempat, disempatkan jugak..merasa la kitaorng makan koktel buah express Tipot..Terima kasih Tipot.. sempat ler jugak aku rakam gelagat para mak melayan anak minum koktel..


Sandra wt Hannah

Anem wt Syahmi

Mas wt Mirul


Jam hampir 12.30 tengahari, kitaorng bergerak gi rumah Azy plak.. Dari Kempas nak ke Tampoi amik masa jugak..so gerak awal2 sebb taknak terkejar2 Solat Jumaat bagi pihak lelaki.. Dah sampai kawasan perumahan Azy, rupanya tuan rumah tak sampai lagi.. Sementara dok tunggu kat bawah flat rumah Azy, sempat jugak posing 2,3 keping...tumpang posing kat buaian jiran Azy..biasa ler dah namanya pempuan,kan..hahahahaha

Amirul & Syahmi. Suami Anem kat belakang

Posing istimewa kat bawah rumah flat Azy
Sampai je Azy anak beranak, kitaorng serbu naik ke atas.. masing2 semput memanjat tangga.. rumah Azy kat tingkat 4.. patut ler suami isteri maintain slim, ari2 turun naik tangga....tercungap2 jadiknya terutama si Sandra sebb berat mendukung anak bongsunya Hannah..Orang pempuan & anak2 naik ke atas, orng lelaki plak berkejar ke masjid berhampiran utk solat Jumaat..


Macam ni ler bila dah ada anak... Azy keluarkan sebakul barang mainan Nafiz.. nasib baik Nafiz sporting.. Bagi pinjam kawan2 dia barang mainan dia..tapi bila time nak berebut, masing2 tak mau mengalah..time ni orng2 lelaki pi solat Jumaat.. so kitaorng lepak beraya rumah Azy sambil minum2, makan2 dan solat Zohor sekali..sayang seribu kali sayang, bihun yang Azy sediakan awal pagi dah tak leh jamah coz dah keluarkan bau... Sian ko Azy..bangun awal subuh nak masak demi konvoi raya kita..tak pe, pengorbanan seorng kawan... Sekurang2nya bubur pulut hitam Azy confirm licin dek kitaorng...

Sandra & Family

Mas & Anem pun turut main bersama anak2

Layan sembang

Berselera betul Tipot makan bubur pulut hitam


Last trip pergi rumah teman serumah Azy, Tipot & Anem time diorang praktikal dulu.. Nama member tu Seri..rumah dia kat Taman Setia Tropika dekat2 dengan area rumah Tipot jugak.. Boleh tahan jugak sebb beraya kat kawasan rumah2 elit nie...Time ni Mas & family tak join sebb diorng ada program lain nak balik Senai semula...Kat sini pun sesat jugak nak mencari rumah Seri.. penunjuk arah TIPOT..hahahaha...

Rumah Seri

Anem wt Syahmi

Adam & Hannah

Orang lelaki makan kat lantai


Posing mama Sandra
Seri hidangkan kami Spegetti Special.. Terima kasih Seri..memang sedap dan mengenyangkan perut2 kami yang mmg tengah lapar..Lain tahun kami datang lagi..

Orang ppn mcm biasa concer meja makan


Posing sambil makan

Kat belakang pegang kamera tu SERI

Masing2 menjamu selera

Aku mcm biasa suka serve orng

Nyum nyum sedapnya..

Alhamdullilah..selesai jugak misi berkonvoi... Insya Allah 25hb konvoi beramai2 kat rumah aku plak... See you all again... SELAMAT  HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.