Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Friday 7 October 2011

Ayam Masak Lengkuas


Dah lama aku tak makan ayam masak lengkuas… Entah kenapa tiba-tiba terasa nak makan.. nak kata favorite aku tak jugak coz klu kat kampung aku bukannya makan sangat pun.. Mungkin sebab agak lama duduk kat perantauan membuatkan aku merindukan masakan bugis ini.. So 4 Oktober 2011 lepas, aku cuba la jugak buat sikit-sikit.. dah kebetulan suami aku nak datang, aku masak special sikit dari biasa…

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg Santan kelapa
1/2 biji kelapa (buat kerisik)
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa     

Bahan untuk dihiris:
250 gram lengkuas 
5 batang serai

Bahan-bahan untuk dikisar:
2 inci halia 
6 ulas bawang merah 
1 labu bawang putih 

Cara untuk memasak
1) Panaskan santan kelapa pekat hingga naik minyak dalam api yang perlahan  
2) Masukkan serbuk kunyit dan bahan yang dihiris lalu gaulkan sebati hingga naik wangi dan berminyak.
3) Masukkan ayam yang telah dipotong dan gaulkannya sehingga separa kering
4) Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan gaulkannya sehingga ayam masak & sedikit kering
5) Perasakan dan sedia utk dihidang   
       

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.