Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Friday 7 October 2011

Pankek Pisang Lemak Manis


 
Pagi semalam aku plan nak buat cucur pisang utk buat sarapan…dah siap bancuh dah pun.. Masa dok gosok baju, kat MHI ada show cara-cara buat pankek bersama pisang… So aku pun modified balik bancuhan cucur aku jadikan bancuhan pankek.. Hasilnya memang menakjubkan… Tapi rupanya lebih menyerupai apam balik sebb aku letak pisang dalam 2 biji sahaja.. Resepi yang tak dirancang memang menjadik… Hehehehehehe…

Arini Jumaat 7 Oct 2011, kebetulan pisang-pisang kat rumah aku dah makin layu (banyak plak tu), aku buat pankek pisang sekali lagi dalam kuantiti yang cukup banyak khas untuk santapan sarapan aku bersama kawan-kawan sekerja.. Kat sini aku sertakan resepi penkek pisang nie.. tapi macam biasa ler, sukatan resepi aku ikut suka hati je nak letak… Sapa berani cuba, sila-sila ler ye…

Pisang dipotong-potong

Kemudian dilenyek-lenyek

Masukkan garam, gula, baking powder & telur

Masukkan tepung gandum

Masukkan santan/susu & sedikit air

Gaul sebati

Tuangkan atas kuali dengan senduk

Terbalikkan bila pankek dah kekuningan
SELAMAT MENCUBA !!!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.