Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Thursday, 15 September 2011

BaTang BuRuk SaBaH

Tiap2 raya aku tak pernah miss utk buat kuih batang buruk..batang buruk ni berbeza sikit dari batang buruk semenanjung kerana menggunakan kulit popia..
Batang Buruk Sabah
 Nak buat senang cuma kejanya mmg perlukan byk masa. Walupun nampak je simple nak buat tapi klu tak rajin, mmg tak terbuat ler jawabnya.... bab gulung menggulung aku serahkan pada adik aku si SiTi SaHRia sebb aku mmg takda masa nak menggulung sebb sibuk dengn acara jahit menjahit..
Popia digulung ikut citarasa



Popia digoreng hinga warna keemasan

Toskan minyak
Selepas selesai, "sangai" (istilah Johor yg aku dapat dari kawan aku) tepung kacang hijau hingga garing, masukkan gula ising, campurkan susu tepung (aku guna balance2 susu yg tinggal..so byk jenama aku pakai), masukkan nestum (jika suka), campur sekali horlicks (nak kasih lagi lemak berkrim)... Masukkan sekali popia yg siap ditos, gaul2kan hingga sebati.. Sedia utk dimakan...2 balang besar aku buat... satu bawak balik utk mak mertua, satu letak kat rumah..belum sempat buat open house kat rumah, dah nak abis dah batang buruk nie...



Wednesday, 14 September 2011

Spegetti Special CT Edition

Sejak duduk dengn adik kesayangan aku SiTi SaHRia, aku dah pandai sikit2 nak buat resepi ala2 barat nie.. Al-maklum ler, dia berpengalaman dalam makanan2 barat (tak ler advance tapi lebih baik dari aku yg tak tau langsung nie..huhuhuhu). Klu tak selalunya bila nak makan, kat kedai je la jawabnya... So ini ler hasilnya..cuma biasa ler klu aku yg masak, confirm aku rombak 50%..hahahahahha.... Alhamdulillah...memang berbaloi masak sndiri berbanding order kat kedai..segala rencah masuk sesuka hati ikut ler byk mana nak letak...makan pun bertambah2....
Masak kuah
Tuang kuah atas spegetti & tabur cheese
Gaulkan kuah dengan spegetti

Makan sampai licin
Kali kedua aku buat spegetti aku letak macam2 benda...apa yang ada kat peti sejuk aku masukkan je dalam spegetti..ini ler hasilnya...segala macam sayur aku letak...kira aku ni pakar modify resepi...hahahaha...


Spegetti sayur-sayuran

Pekena dengan orange jus dan bubur pulut hitam

Tuesday, 13 September 2011

Majlis Penyampaian Sijil dan Raya Aidilfitri JAFA

Ahad 11 Sept 2011 berlansung upacara penyampaian sijil utk bekas2 belajar Jelita Aziz Fashion Academy (JAFA).. padahal masa belajar JAFA tak wujud lagi..hehehehe.... tumpang glamour jap.. Seronok tak terkata boleh jumpa teman2 masa belajar kat kelas jahit.. paling best dapat makan sampai kenyang..hahaha..
Ini Sijil utk kursus pakaian wanita dan kanak2.. Ada satu lagi sijil utk Jahitan Langsir - Scallop tapi kak Ita salah tulis utk jahitan Manik dan sulaman...huhuhuhuh..
Ramai jugak penerima sijil yang tak datang. Ini antara yang sanggup datang... Grand gitu..semua pakai baju raya yg cantik2 expecially bakal pengantin Cik Jue (serba pink dari kepala hingga ke bawah) Ini pelajar-pelajar yang menerima sijil termasuk aku..
Teman-teman satu kelas yg banyak ragam dan celoteh.. Dari kiri: Kak Sue, Jihan, Aku, Kak Ita, Jue, Yana & Kak Siti