Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Thursday 15 September 2011

BaTang BuRuk SaBaH

Tiap2 raya aku tak pernah miss utk buat kuih batang buruk..batang buruk ni berbeza sikit dari batang buruk semenanjung kerana menggunakan kulit popia..
Batang Buruk Sabah
 Nak buat senang cuma kejanya mmg perlukan byk masa. Walupun nampak je simple nak buat tapi klu tak rajin, mmg tak terbuat ler jawabnya.... bab gulung menggulung aku serahkan pada adik aku si SiTi SaHRia sebb aku mmg takda masa nak menggulung sebb sibuk dengn acara jahit menjahit..
Popia digulung ikut citarasa



Popia digoreng hinga warna keemasan

Toskan minyak
Selepas selesai, "sangai" (istilah Johor yg aku dapat dari kawan aku) tepung kacang hijau hingga garing, masukkan gula ising, campurkan susu tepung (aku guna balance2 susu yg tinggal..so byk jenama aku pakai), masukkan nestum (jika suka), campur sekali horlicks (nak kasih lagi lemak berkrim)... Masukkan sekali popia yg siap ditos, gaul2kan hingga sebati.. Sedia utk dimakan...2 balang besar aku buat... satu bawak balik utk mak mertua, satu letak kat rumah..belum sempat buat open house kat rumah, dah nak abis dah batang buruk nie...



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.