Aku suka nak share tentang...

********* Kat sini aku suka nak sharekan tentang pelbagai resepi yang aku & suami pernah buat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang zaman*********

Friday 30 September 2011

Daging Masak Hitam SJ


Masa rumah terbuka raya aritu suami aku cipta satu resepi baru.. Resepi berasaskan daging… dia tak bagi nama resepi, jadi dia soh aku cipta sendiri.. So aku pun letak ler nama Daging Masak Kicap.. tapi rasanya bukan daging masak kicap biasa walupun dimasak menggunakan kicap sebagai bahan utama… Kawan aku Kak Lin kata itu Daging Masak Hitam… sebb dia kata pernah makan kat rumah saudara dia.. so tercetus la nama baru bagi resepi suami aku DAGING MASAK HITAM SJ… meaning SJ tu cuma aku & suami je tau sebb ada kisah menarik di sebalik nama SJ.. ting tong…

Bahan apa yang digunakan serta bagaimana cara nak masak aku pun tak tau… kenapa ler aku tak tunggu je kat dapur time dia masak tu..???? (adoi hai, aku kan sibuk mengemas rumah utk open house)… dia suruh aku teka bahan-bahan yang digunakan melalui rasa daging tersebut… bila dah nak siap masak je, dia panggil aku utk jadi tukang rasa dah tukang snap gambar… memang sedap.. Cuma rasanya agak spicy sedikit… Rata2 kawan-kawan yang datang makan, semuanya bagi komen positif.. kira menu paling sedap & mantap.. ramai yang minta resepi tapi aku sendiri pun tak tau mcmana nak bagi sebb aku memang tak tau…



Setakat teka meneka ni, aku kira terror jugak la… betul tak betul tak tau ler.... mana yang tak betul tu, kira jalan je la ye… Suami aku confirm tergelak-gelak klu tengok tekaan aku ni… entah betul entah tidak…

Bahan-bahan:

Daging – direbus sehingga empuk bersama kicap + halia
Bawang putih + merah + halia + cili kering (diblend)
Rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dll)
Rempah sup Adabi
Serbuk Perasa Maggie
Asam mangga kering (guna asam keping pun boleh, dah ini je yg ada)
Lobak (dihiris2 panjang)
Cili Padi (buang tangkai)

Cara menyediakan:
Tumis bahan-bahan yang telah diblend.
Masukkan rempah ratus, rempah sup.
Tuangkan daging yang telah direbus bersama  dengan air rebusan.
Masukkan asam mangga, lobak + cili padi.
Masukkan serbuk perasa.
Siap untuk dihidang…

Aku cuma teka berdasarkan bahan-bahan yang ada kat dapur aku serta rupa paras resepi tersebut.... Aku sendiri belum menbuat percubaan.. Pesan suami aku, klu nak tau betul tak betul, cuba sndiri.... Nanti dah test, aku update lagi.. Harap-harap menjadi ler… SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.